怡保育才国民型华文小学

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choy,Ipoh

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Choy diasaskan pada tahun 1908 dan telah menempuhi liku-liku serta cabaran dalam mendepani perubahan sistem pendidikan. Pengorbanan dan sumbangan tokoh pendidikan SJKC Yuk Choy telah menyaksikan perkembangan infrastruktur dan prasarana sekolah. Penambahbaikan berterusan dalam kemudahan sekolah dilakukan dari masa ke masa selaras dengan tuntutan perubahan global.

Berkat usaha para tokoh pendidikan, SJKC Yuk Choy dapat berdiri dengan tegak dan teguh selama 110 tahun dan dapat mengatasi segala kesulitan dan kesukaran pada zaman yang penuh dengan persaingan. Hasil penglibatan dan komitmen sepenuhnya daripada semua warga sekolah, SJKC Yuk Choy terus berkembang pesat sehingga mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI

Kami Warga Pendidik SJK(C) Yuk Choy akan memastikan misi berikut dilaksanakan:

“Melestarikan Sistem pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

我们的愿景

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI

Kami Warga Pendidik SJK(C) Yuk Choy akan memastikan misi berikut dilaksanakan:

“Melestarikan Sistem pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan transformasi digital di peringkat institusi pendidikan. Dalam era digital ini, pembangunan laman web merupakan satu keperluan.

Kewujudan laman web sekolah merupakan wadah bagaimana pihak sekolah dapat berhubung dengan masyarakat luar dalam era globalisasi. Laman web yang berinformasi mengenai sekolah amat berguna untuk tatapan masyarakat umum khususnya ibu bapa, penjaga dan pelajar sendiri.

Di samping itu, laman web sekolah ini akan dapat menyampaikan segala kejayaan sekolah dan berkongsi maklumat berkaitan sekolah dengan lebih cepat dan tepat. Maklumat dapat disampaikan secara global dengan lebih berkesan dan menarik.

Dengan terbinanya laman web ini, segala kejayaan yang telah tercapai dapat menjadi dorongan kepada warga SJKC Yuk Choy bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.