Sekolah ini diasaskan pada tahun 1908 atas usahasama Encik Foo Chee Choon, Encik Lee Ngee Poh, Encik Yau Tet Shin dan beberapa orang perintis lain. Ia merupakan salah sebuah sekolah rendah yang tertua di Malaysia. Pada peringkat permulaan, 3 buah rumah kedai kepunyaan Encik Yau Tet Shin di Jalan Lahat telah dijadikan bangunan sekolah sementara. Guru Besar yang pertama ialah Encik Leong Wai Chong. Encik Foo Chee Choon telah mendermakan sebidang tanah di Jalan Hugh Low sebagai tapak pembinaan bangunan sekolah. Kerja-kerja pembinaan bermula pada akhir tahun 1909 dan bangunan siap dibina dalam bulan Ogos 1910. la dikenali sebagai Bangunan Pertama Sekolah Rendah Yuk Choy. Pada tahun yang sama, sistem pendidikan sekolah menjadi lebih sempurna dengan mengadakan sekolah rendah peringkat permulaan dan peringkat tinggi. Sebuah cawangan telah didirikan di pekan lama.
1914
Sekolah cawangan ditutup pada tahun 1914. Semua murid dipindahkan ke bangunan sekolah di Jalan Hugh Low. Sekolah ditutup sementara pada tahun 1915 akibat Perang Dunia Pertama. Pada Ogos 1915 dengan bantuan kewangan daripada Nanyang Brothers Tobacco, sekolah dibuka semula. Ahli-ahli Lembaga Pengurus pada masa itu seperti Encik Chow Kai, Encik Chen Ru Sheng turut menganjurkan gerakan menderma dan ianya mendapat sambutan yang baik. Ekoran daripada itu, sebuah ladang getah seluas 30 ekar yang terletak di Batu Empat, Jalan Chemor telah dibeli. Namun ladang tersebut telah dijual kerana ingin memungut wang untuk pembinaan bangunan sekolah.
Bilangan murid sekolah ini semakin bertambah. Pada tahun 1922 sekolah ini telah didaftarkan dengan Pejabat Pelajaran atas nama Sekolah Menengah dan Rendah Yuk Choy, Perak. Pada tahun berikutnya sekolah menerima bayaran “grante-in-aid" yang pertamanya daripada kerajaan.
1924
Pada tahun 1924, Sekolah Menengah Rendah diadakan. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, bangunan milik the Perak Mining & Planting Association di sewa untuk dijadikan bangunan Sekolah Menengah Rendah.
Pada masa itu bilangan murid mencapai 1000 orang. Pinak sekolah berjaya mendapatkan bantuan kewangan daripada (Jawatankuasa Hal Ehwal Rakyat China). Buku-buku perpustakaan, peralatan sains dan peralatan bantuan mengajar dilengkapkan. Sekolah ini menjadi sekolah aliran Cina yang terbesar di negeri Perak. Malangnya kelengkapan-kelengkapan tersebut telah musnah semasa pendudukan Jepun.
1940
Pada tahun 1940, Sekolah Menengah Tinggi diadakan. Dengan itu sekolah ini menjadi sebuah Sekolah Menengah dan Rendah yang lengkap di negeri Perak. Sejak itu, beberapa orang Guru Besar telah menerajui organisasi sekolah. Encik Tsai Yin Ping merupakan Guru Besar yang paling lama berkhidmat di sekolah ini iaitu selama 23 tahun.
Pada tahun 1958 atas arahan Kementerian Pendidikan, sistem pentadbiran Sekolah menengah dan Rendah diasingkan. Encik Tsai Yin Ping dijadikan Guru Besar Sekolah Menengah. Guru Besar Sekolah Rendah ialah Encik Chung Yuet Kieu.
1942
Sekolah terpaksa ditutup pada masa pendudukan Jepun di Malaya bermula dari tahun 1942 hingga September 1945.
1945
Sekolah dibuka semula pada akhir tahun 1945. Bilangan murid meningkat pesat. Lembaga Pengurus Sekolah berusaha menambahkan lagi bangunan sekolah. Satu blok bangunan dengan 9 buah bilik darjah siap dibina pada Jun 1947 dan diberi nama Bangunan Kedua Sekolah Rendah Yuk Choy. Namun bilik darjah yang terhad masih tidak dapat menampung semua murid sekolah menengah dan rendah. Pada Julai 1948, Sekolah Menengah Yuk Choy dipindahkan ke Jalan Kuala Kangsar. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Choy mengambil alih bangunan sekolah di lokasi asal. Sekolah ini juga pernah mengadakan Kursus Perguruan Senior Normal dari 1948 ke 1957.
1961
Pada awal tahun 1939, sekolah cawangan yang pertama diadakan di Batu Tiga, Jalan Gopeng. la ditutup pada tahun 1945 akibat peperangan. Pada awal tahun 1947 sekolah cawangan sekali lagi dibuka di Jalan Bendahara dengan menyewa sebuah bangunan kilang. Sekolah ini juga ditutup daiam tahun 1961.
Encik Yong Fong Seng dilantik sebagai Guru Besar pada April 1971. Beliau bersara pada Januari 1978. Encik Yong Swee Ngan mengambil alih jawatan Guru Besar dalam Februari 1978.
Pada masa itu, kantin sekolah didapati terlalu sempit untuk murid yang melebihi dua ribu orang. Dengan bantuan wang sebanyak RM5000.00 daripada kerajaan, kantin telah diperluaskan.
1978
Pada akhir tahun 1978, Kontraktor Encik Hew Leng telah membina sebatang jalan tar dalam kawasan sekolah sepanjang 300 kaki.
<br.Pada tahun 1978 dan 1979 bumbung bangunan pertama telah digantikan dengan yang baru. Dalam tahun 1980 dan 1981 dinding papan bangunan yang sama telah digantikan dengan dinding batu dengan bantuan peruntukan kementerian Pendidikan.
Pada akhir tahun 1978, PIBG sekolah ini telah membina sebatang laluan beratap yang menyambungkan bangunan utama sekolah dengan kantin. Projek ini memakan belanja RM6000.00
1980
Pada tahun 1980 tandas lama dirobohkan. Tandas baru dibina dengan bantuan wang sebanyak RM23,000.00 daripada Kementerian Pendidikan. Lembaga Pengurus Sekolah menanggung bersama kos perbelanjaan projek ini dengan wang sejumlah RM55,500.00
1981
Pada tahun 1981, Jabatan Pendidikan Negeri Perak memperuntukkan sejumlah RM21,000.00 untuk tujuan membina pagar sekolah, memperbaiki siling bilik darjah serta penurapan permukaan jalan.
1983
Pada April 1983, Guru Besar Encik Yong Swee Ngan bersara. Encik Lin Chir Pei dilantik sebagai Pemangku Guru Besar sehingga Disember 1983.
1984
Encik Loh Chew Hoong memegang jawatan Guru Besar mulai 1.1.1984. Pada tahun yang sama, Lembaga Pengurus berjaya memungut wang sebanyak RM22,000.00. Wang itu digunakan untuk memantapkan lagi tapak bangunan pertama sekolah serta menambah 400 set kerusi meja.
Sekolah ini turut terlibat dalam isu pemindahan sekolah-sekolah ke kawasan luar dari bandar di bawah Pelan Buku Biru Bandaraya Ipoh. Lembaga Pengurus Sekolah membantah keras cadangan tersebut. Cadangan pemindahan tersebut akhirnya dibatalkan pada 11.3.1985. Sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini, Encik Loh telah berusaha meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik. Beliau juga berusaha gigih dalam merancangkan pembangunan fizikal sekolah demi merealisasikan visi "Pembinaan Semula Yuk Choy Rendah".
1988
Pengerusi Lembaga Pengurus. Tan Sri Chong Kok Lim, JP., meletak jawatan pada 12.7.1988 atas sebab kesihatan. Naib Pengerusi, Encik Chen Toon Fah, JP., dipertanggungjawabkan untuk mengendali segala urusan Lembaga Pengurus.
“Walkaton SRJK (C) Yuk Choy" yang diadakan pada 28.8.1988 berjaya memungut lebih kurang RM48,000.00. Wang tersebut digunakan untuk membaik pulih bilik muzik, bilik permainan ping pong serta meninggikan permukaan kawasan sekolah. Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah ditubuhkan pada 8 September tahun yang sama.
Encik Chen Toon Fah, JP., menjadi Pengerusi Jawatankuasa tersebut dan memikul tanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek pembinaan semula SRJK (C) Yuk Choy.
1989
Pada 16.5.1989, Encik Chong Sooi Hin dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Pada tahun itu, atas usahasama Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah bersama dengan 3 badan utama sekolah, satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 20 buah bilik darjah mula dibina pada 5.8.1989. Bangunan tersebut siap dibina pada April 1990 dan mula digunakan pada Disember 1990. Penggunaan bangunan baru ini menandakan tilik permulaan era baru sekolah ini. Kos pembinaan berserta kelengkapan memakan belanja lebih daripada RM400,000.00.
1990
“Walkaton SRJK (C) Yuk Choy” yang kedua anjuran PIBG sekolah diadakan pada 6.5.1990. Pungutan wang sebanyak RM64,000.00 dimasukkan ke tabung Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah dan tabung PIBG. Dalam bulan Mei tahun yang berikutnya, Pengerusi PIBG Encik Yong Pih Hian dengan wangnya sendiri sebanyak RM2,500.00 telah membina laluan beratap penyambung bangunan baru dengan kantin sekolah.
1993
Pada 22.11.1993, ahli Lembaga Pengurus yang amat prihatin tentang perkembangan sekolah iaitu Tan Sri Lee Loy Seng telah meninggal dunia. Walaupun sakit tenat melanda namun Tan Sri Lee masih lagi berulang kali melahirkan rasa kesal kerana belum tercapai hasrat beliau ingin membina semula SRJK (C) Yuk Choy.
Demi membantu rancangan pembinaan semula SRJK (C) Yuk Choy, PIBG sekolah telah berjaya menganjurkan satu Pesta Ria pada 12.10.1992. Projek ini berjaya mengumpul wang sebanyak RM230,000.00.
1994
Pada 4.1.1994, PIBG sekali lagi menganjurkan “Projek Menjual Biskut" dan berjaya memungut wang sejumlah RM35,000.00.
Pada Julai 1994, Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah bercadang mengadakan satu Projek Pungut Derma secara besar-besaran dengan Syarikat Carlsberg sebagai penaja utama dengan usahasama Nanyang Siang Pau, satu pertunjukan amal 10 orang penyanyi tempatan terkenal telah diadakan dengan jayanya pada 30.7.1994. Datuk Lee Oi Hion, tokoh penggerak Projek Pungut Derma ini bersama-sama dengan wang lain telah mendatangkan jumlah wang lebih daripada RM1,700,000.00. Wang pungutan projek ini merupakan jumlah yang terbesar bagi sekolah-sekolah rendah Cina dalam negara dalam usaha mengutip derma.
Pada 18.12.1994, Upacara Pecah Tanah bagi bangunan baru fasa Il diadakan. Bangunan ini siap dibina pada pertengahan tahun 1996. Bangunan baru ini mengandungi 35 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik Penolong Kanan, sebuah bilik Guru, sebuah Pejabat, sebuah Perpustakaan, sebuah bilik Mesyuarat, sebuah Makmal Sains, sebuah bilik Komputer, sebuah Pusat Sumber, sebuah Klinik Pergigian, sebuah Kedai Buku, sebuah Bilik Pendidikan Jasmani, sebuah bilik Pemulihan (akademik) dan 48 buah tandas. Selain daripada itu kantin, gelanggang bola keranjang dan pagar juga dibina semula, longkang-longkang diperbesarkan. Perbelanjaan tersebut dianggarkan lebih kurang RM2,130,000.00. Pada 7.5.1996 semua murid dipindahkan ke bangunan baru.
1996
Pada 28.7.1996 untuk menambahkan bilangan kerusi meja murid dan kelengkapan bilik darjah, PIBG di bawah pimpinan Puan Liu Huey Ying telah menganjurkan “Pertunjukan Nyayian Amal Tiger" yang ditaja oleh Syarikat Tiger Beer. Dengan pungutan wang sebanyak RM180,000.00 kelengkapan sekolah dapat dipertingkatkan.
Pada September 1996, pihak Kementerian memperuntukkan wang sebanyak RM20,000.00 untuk tujuan membeli kerusi meja murid. Kini kelengkapan fizikal sekolah dianggap agak sempurna. Bilik darjah telah cukup menampung 2330 orang murid. Maka mulai 6.1.1997 sekolah ini telah bertukar menjadi sekolah “Satu Sesi". Semua murid menghadiri kelas pada sesi pagi, kelas-kelas tambahan serta aktiviti kokurikulum diadakan pada sesi petang. Dengan melaksanakan sekolah “Satu Sesi", pihak sekolah berhasrat meningkatkan prestasi akademik di samping memperkuatkan lagi jasmani, emosi dan rohani murid-murid. Perubahan ini disambut baik oleh ibu bapa dan pihak-pihak yang lain.
Sejajar dengan perkembangan fizikal, pihak sekolah juga berusaha meningkatkan prestasi murid-murid. Dengan usaha yang gigih guru-guru, murid-murid sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan-pertandingan luar sekolah. Semua ini telah membuka mata masyarakat umum terhadap sekolah ini.
1997
Pada 2.8.1997, Pengerusi Lembaga Pengurus Encik Chen Toon Fah, JP., telah meninggal dunia. Puan Sri Datin Leong Wan Ching telah dipilih menerajui Lembaga Pengurus pada September 1997.
1998
Pada Februari 1998, 2 buah stor dan tempat kerja kemahiran hidup telah dibina dengan wang tabung PIBG. Pada Mei tahun yang sama, ahli-ahli PIBG sekali lagi telan menggunakan wang tabung sebanyak RM63,000.00 untuk membina dua buah pondok rehat dan sebuah laluan beratap di hujung padang sekolah.
Pada 5.6.1998, Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Fasa II serta Upacara Pecah Tanah Dewan Besar Sekolah telah diadakan. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Fong Chan Onn telah hadir menyempurnakan kedua-kedua upacara tersebut.
Pada 2.7.1998, Encik Chong Sooi Hin, Guru Besar yang telah bekerja bertungkus lumus selama 9 tahun di SJK (C) Yuk Choy bersara. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah berusaha merancang dan melaksanakan projek-projek pembinaan semula sekolah ini dengan jayanya di samping berikhtiar meningkatkan prestasi sekolah.
2000
Pada 2.7.1998, Encik Poon Sam Nam dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Sepanjang tempoh menjadi Guru Besar, Encik Poon telah membina sebuah dewan serbaguna bersaiz 72x80 yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan merangkumi lima buah gelanggang badminton.
Selain itu, beliau juga telah membina dewan terbuka serbaguna gelanggang bola keranjang dan bola tampar. Pada tahun 2000, beliau memperluaskan ruang kantin supaya para murid dapat menjamu selera dalam keadaan yang lebih selesa.
2007
Encik Poon telah berjaya membawa SJKC Yuk Choy mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang akademik. Encik Poon bersara wajib pada 4.2.2007.
2011
Encik Lee telah mengambil alih jawatan Guru Besar SJKC Yuk Choy pada 7.3.2007. Sepanjang tempoh pentadbiran Encik Lee, beliau memberi fokus kepada kemudahan dan prasarana sekolah. Antaranya, beliau telah memasang jubin di dalam setiap kelas, bilik guru dan bilik komputer untuk menjamin keselesaan dan kebersihan kawasan.
Pada 19.2.2011, Encik Lee bersara wajib dan Encik Chen Khin Onn PPT menggantikan jawatan Guru Besar SJKC Yuk Choy pada 1.3.2011.
2015
Memandangkan jumlah murid semakin ramai, Encik Chen memutuskan untuk merobohkan kantin lama bagi tujuan pembinaan bangunan tiga tingkat yang merangkumi kelas dan kantin.
2016
Selain itu, Encik Chen juga membina pondok menunggu kereta yang berbumbung Pada tahun 2016, dengan kerjasama daripada Lembaga Pengurus Sekolah, Encik Chen menjadikan SJKC Yuk Choy sebuah sekolah di Perak yang pertama menggunakan sistem kelas pintar.
2017
Encik Chen bersara wajib pada 17.2.2017. Jawatan beliau diambil alih oleh Encik Lai Leong Wah pada 18.2.2017.
2018
Susulan penularan pandemik COVID-19, Encik Lai mendapat sokongan daripada Lembaga Pengurus Sekolah untuk membina bumbung awning di tepi dewan dan tepi kantin sebagai ruang menunggu semasa penyuraian murid.
Di bawah kepimpinan En. Lai, beliau meraih sokongan daripada Lembaga Pengurus Sekolah untuk memasang tikar lantai gelanggang badminton, langsir dewan dan memasang LCD baharu di dewan sekolah.
Di samping itu, beliau telah mendapat sumbangan luar untuk membina almari pameran kaca untuk mempamerkan pingat dan trofi pencapaian murid. Beliau juga telah membina rak letak buku di dalam bilik Tahun 1 untuk menyelesaikan isu beg berat murid.
2021
Encik Lai bersara wajib pada 20.09.2021. Jawatan beliau diambil alih oleh Encik Tan Chee Ming pada 21.09.2021.