Pandemik COVID-19 telah telah mencetuskan normal baharu yang membawa kepada gelombang transformasi pembelajaran digital di Malaysia dan seluruh dunia. Impak daripada wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah menyebabkan majoriti masyarakat terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi bekerja atau belajar dari rumah.
Pihak sekolah amat menyedari akan kepentingan pembelajaran digital. Justeru itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan membina laman web rasmi sekolah untuk interaksi sosial di ruang maya dan keterangkuman sosial yang lebih luas.
Saya yakin dan percaya, laman web rasmi sekolah ini akan dapat meningkatkan dan memantapkan kesalinghubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.Pihak kami akan sentiasa komited dan berganding bahu dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid dan kelestarian pendidikan.
Sekian, terima kasih.